Skip links

Kenali Saiz Kertas Utama Dalam Pencetakan

Secara amnya, saiz kertas boleh dibahagikan kepada 2 kategori utama, saiz International (ISO 216 Standard) & juga US Standard. Perbezaan paling ketara antara 2 kategori ini ialah saiz International lazimnya menggunakan ukuran metrik (mm, cm), manakala saiz US menggunakan ukuran inci.

A. Saiz Kertas International

Saiz kertas International terbahagi pula kepada 3 jenis atau siri, yang dinamakan Siri A, B & C. Siri A & B adalah lebih dikenali dan digunakan lebih meluas berbanding Siri C. Pernah dengar tak kertas A4? B5? Haa A4 datang dari kertas siri A, manakala B5 datang dari kertas siri B.

Saiz kertas international ini juga dikenali sebagai Standard ISO 216. Nisbah antara lebar & tinggi kertas international ni sama sahaja, iaitu 1: 1.4142. Bagusnya bila ada nisbah yang fixed macam ni, mudah kerja untuk pembesaran (enlargement) dan pengurangan (reducing) gambar atau dokumen tanpa ada margin, dan memudahkan kerja2 membuat booklet sebab akan dapat permukaan yang aspek nisbahnya sama walaupun dilipat 2.

Siri A

Jadi apa konsep disebalik kertas siri A ni? Saiz kertas terbesar dalam siri A dikenali sebagai A0. Saiz A0 ni sering digunakan dalam industri pembinaan macam seni bina & kejuruteraan sivil. Bawah ni ilustrasi untuk anda bayangkan saiz kertas dalam siri A bila dibanding dengan saiz manusia.

Sumber: Google
Perbandingan antara kertas saiz AO dengan ketinggian manusia.

Perlu diketahui, setiap saiz International ini adalah separuh dari satu saiz sebelumnya. Contohnya, A1 adalah separuh dari saiz A0. A2 pula separuh dari saiz A1 dan begitulah seterusnya.

Siri B

Jika dibanding saiz kertas siri A kepada siri B, kertas siri B lebih lebar dan tinggi dibanding dengan siri A.

Antara aplikasi saiz dari siri B dalam kehidupan harian kita:

a) Banyak poster menggunakan kertas siri-B, seperti saiz B2

b) Saiz B5 selalu digunakan untuk pencetakan buku2

c) B7 adalah saiz standard untuk passport

d) Saiz B4, B5 dan B6 selalunya digunakan untuk sampul surat

Mari Kita Lihat ukuran kertas siri A dan siri B International/ Standard ISO 216

 

A-SERIES

B-SERIES

C-SERIES

Size

mm × mm

mm × mm

mm × mm

0

841 × 1,189

1,000 × 1,414

917 × 1,297

1

594 × 841

707 × 1,000

648 × 917

2

420 × 594

500 × 707

458 × 648

3

297 × 420

353 × 500

324 × 458

4

210 × 297

250 × 353

229 × 324

5

148 × 210

176 × 250

162 × 229

6

105 × 148

125 × 176

114 × 162

7

74 × 105

88 × 125

81 × 114

8

52 × 74

62 × 88

57 × 81

9

37 × 52

44 × 62

40 × 57

10

26 × 37

31 × 44

28 × 40

2. Saiz Kertas US (American National Standards Institute)

Ukuran untuk kertas berdasarkan standard ANSI (American National Standards Institute) menjadikan saiz Letter (8.5” x 11”) sebagai asasnya. Ianya digelar saiz A, dan saiz-saiz lain yang lebih besar dikenali sebagai saiz B, C, D & E. Contohnya, kalau anda terlihat saiz “ANSI A”, ia sebenarnya ialah saiz Letter. “ANSI B” pula merujuk kepada saiz Ledger atau Tabloid.

Sumber: Google

Tak seperti ukuran standard ISO 216 yang mempunyai nisbah 1: √2, ANSI standard ada 2 aspek nisbah, iaitu 1:1.2941 dan 1:1.5455.

Apa maknanya? Ini bermaksud pembesaran (enlarging) dan pengurangan (reducing) antara satu saiz ke saiz yang lain tak semudah kertas saiz ISO 216, dan akan meninggalkan margin ke dokumen yang anda dah besar/kurangkan saiz itu.

Disebabkan ini, penggunaan saiz kertas mengikut sistem ANSI adalah kurang digunakan berbanding sistem ISO 216.

Di MesinFotostat.my, kami membekalkan mesin copier recond berkualiti tinggi dan disaring rapi bersama dengan pakej servis yang pastinya berbaloi untuk pelanggan kami. Kami komited dalam membantu usahawan dan perniagaan mendapat servis mesin fotostat terbaik, menjimatkan masa, supaya anda dapat Mencetak Tanpa Batasan untuk harian anda.

error: Content is protected !!
× Whatsapp kami sekarang!