Skip links

Page yield – Halaman dicetak oleh satu toner

Jadi apa maksud “page yield” atau “kapasiti” ini ?
“Page yield” adalah satu indikasi bilangan halaman atau mukasurat yang boleh dicetak oleh katrij anda. Contohnya Color Toner TN512 4 untuk mesin Konica Minolta mempunyai “page yield” sebanyak 26k pages (berdasarkan 5% coverage di atas kertas A4)

Apa maksud “5% coverage” dan dari mana ia datang?
5% coverage dari kertas A4 ini adalah apa yang telah dikira oleh ISO sebagai standard bagi penulisan surat perniagaan.

5% coverage dari kertas A4 ni adalah satu perkiraan yang dibuat oleh ISO sebagai standard coverage apabila anda menulis surat perniagaan (business letter). Contoh, kalau anda print satu muka surat peniagaan yang ada 5% coverage, anda akan dapat mencetak sehingga 26k mukasurat dengan toner tersebut.

Apa tips untuk meng-optimumkan penggunaan katrij anda?
Jadi sekarang anda dah tahu berapa banyak muka surat anda boleh print dengan 5% coverage atas A4 paper dan apa yang dimaksudkan dengan 5% coverage itu, bagaimana anda nak pastikan anda dapat yang terbaik dari katrij anda?
Ada banyak faktor yang anda boleh pertimbangkan apabila anda hendak mencapai average ISO 5% coverage.

Ini adalah tips yang kami sarankan:

  • Jenis font yang anda guna; font yang berbeza boleh memuatkan jumlah perkataan yang lebih dalam satu mukasurat
  • Saiz font anda; dengan mengecilkan saiz font juga boleh berikan anda jumlah perkataan yang lebih
  • Grafik, imej atau garisan menggunakan toner yang banyak, jadi pertimbangkan jika anda benar-benar perlu mencetak imej
    Lebar page border anda; kalau anda guna border atau margin yang lebih kecil, akan tingkatkan lagi penggunaan toner per page
  • Tahu tak? menukar font anda kepada font Calibri boleh menjimatkan lagi duit anda?
    Jika bandingkan font popular yang lain yang bersaiz antara 9 ke 12, Calibri memberikan kiraan perkataan yang lebih tinggi untuk 5% coverage berbanding Arial, Comic Sans, Tahoma & Times New Roman.

Pendek kata, walaupun konsep page yield ini wujud, nilai ini diberi oleh pengilang serta untuk perbandingan sahaja, bukanlah nilai sebenar dan sangat bergantung kepada corak penggunaan anda.

Di MesinFotostat.my, kami membekalkan mesin copier / multifunctional printer (MFP) recond berkualiti tinggi dan disaring rapi bersama dengan pakej servis yang pastinya berbaloi untuk pelanggan kami. Kami komited dalam membantu apa tips untuk meng-optimumkan penggunaan katrij anda?

error: Content is protected !!
× Whatsapp kami sekarang!